Di mana Soo Yee Ting?

Soo Yee Ting
Soo Yee Ting
A
A
A

TANJONG KARANG - Orang ramai diminta membantu untuk mengesan seorang wanita yang hilang sejak sembilan hari lalu selepas keluar dari rumah di Taman Malinja di sini pada 3 Februari lalu.

Anak mangsa yang enggan namanya didedahkan berkata, ibunya, Soo Yee Ting, 50, mengalami penyakit mental dan bergantung sepenuhnya kepada ubat daripada klinik.

Menurutnya, seorang adiknya menyedari kehilangan ibunya itu selepas tiada di rumah terbabit.

"Saya berharap orang ramai dapat membantu mengesan ibu kerana kami sekeluarga bimbang keselamatannya berikutan masalah kesihatan dihadapi,” katanya.

Katanya, usaha pencarian ibunya itu dilakukan di beberapa kawasan termasuk sekitar Kuala Lumpur.

"Malah, ada saudara yang memberitahu menemui ibu di Kuala Lumpur dan sempat memberikannya duit.

"Saya yakin dalam tempoh sehari dua ini, ibu saya dapat ditemui segera di sekitar ibu kota," katanya.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Yee Ting boleh menghubunginya di talian 016-5767217 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!