Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dr Dzulkefly
Pembelian ubat meningkat 30 peratus dalam lapan tahun - Dr Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, perbelanjaan bagi pembelian ubat-ubatan pada 2023 meningkat 30 peratus dalam tempoh lapan tahun iaitu RM3 bilion berbanding RM2.3 bilion pada 2015.
Jelasnya, peningkatan peruntukan kewangan itu selari kenaikan harga ubat-ubatan, pertambahan bilangan pesakit dan penggunaan ubat baharu mengikut kepakaran yang lazimnya masih dalam tempoh paten dan harga ubat lebih mahal.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof mengenai jumlah keseluruhan perbelanjaan tahunan pembelian ubat-ubatan bagi hospital dan klinik kerajaan bermula 2015 serta jangkaan untuk lima tahun akan datang.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1