Polis sahkan Mokhtar maut akibat serangan jantung

Mokthar meninggal dunia akibat serangan jantung.
Mokthar meninggal dunia akibat serangan jantung.
A
A
A

MELAKA - Polis mengesahkan warga emas, Mokthar Othman, 61, yang ditemukan lemas di Sungai Pengkalan, Taman Persisiran Sungai di sini petang Isnin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa oleh Unit Forensik Hospital Alor Gajah pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, hasil proses bedah siasat menunjukkan punca kematian adalah akibat serangan jantung.

"Mungkin mangsa mendapat serangan jantung dan terjatuh ke dalam sungai.

"Tiada sebarang unsur jenayah dan kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan mayat warga emas yang dilaporkan hilang sejak awal pagi Ahad ditemukan lemas di sungai tersebut.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Tc. Zulkhairani Ramli berkata, mayat mangsa yang lengkap berpakaian ditemukan pada 2.25 petang.

Terdahulu media pada Ahad melaporkan seorang pengurus kilang dikhuatiri lemas dipercayai tergelincir ke dalam sungai itu ketika dipercayai berada di tebing sungai tersebut.

Artikel Berkaitan:

Warga emas terbabit sebelum itu sempat memberitahu isterinya yang dia sakit perut dan mahu menggunakan tandas awam di Taman Rekreasi Seri Sutera, Sungai Pengkalan di sini namun berkunci.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!