Patah leher jatuh dalam tandas, Sharifah Shahora ajak rakan artis ziarah Mak Engku

Gambar yang dikongsikan Shahora menerusi Instagram miliknya.
Gambar yang dikongsikan Shahora menerusi Instagram miliknya.
A
A
A

PELAKON veteran, Ku Faridah Ku Shafie atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Engku dimasukkan ke sebuah hospital akibat patah tulang leher selepas terjatuh dalam tandas.

Berita duka itu dimaklumkan pengarah dan penerbit, Sharifah Shahora menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Berkongsi keadaan terkini pelakon berusia 71 tahun itu, Shahora berkata, Mak Engku sudah lebih 10 hari menerima rawatan dan masih menjalani beberapa ujian oleh pihak hospital.

"Ada yang pertikaikan kenapa Mak Engku tidak pakai pendakap leher kalau betul dia patah leher.

"Ikutkan dia memang pakai sebelum ini dan memandangkan sudah 10 hari menerima rawatan, jadi doktor baru buka. Sekarang ini pihak hospital buat pelbagai ujian bagi mencari jalan memulihkan tulang yang patah," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah pelakon Uncle Bos Mama itu, dia sendiri terkejut apabila mengetahui keadaan Mak Engku kerana menyangka wanita itu berada di Tanah Suci Makkah.

Justeru apabila ada masa terluang semalam, dia bersama Datin Nina Juren dan pengarah, Hadith Omar meluangkan masa melawat Mak Engku.

"Saya tergerak hati menghubungi Mak Engku dan terkejut bila dia maklumkan berada di hospital kerana patah leher. Kebetulan semalam ada masa terluang kerana saya terikat dengan penggambaran sekarang.

Artikel Berkaitan:

"Mak Engku memang seronok bila kami datang melawat dan mahu kami datang setiap hari. Dia kata, dia rasa lemah bila duduk lama di hospital, jadi bila kami datang, ceria sikit.

"Harap rakan-rakan artis boleh luangkan masa melawat Mak Engku di Hospital Sungai Buloh," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!