Penduduk Gaza makin terdesak atau perbuatan sabotaj Israel
GENTING GAZA - Hampir 100 trak bantuan membawa bekalan makanan untuk penduduk Palestin dirompak pada akhir minggu lalu selepas ia memasuki ke Genting Gaza yang disifatkan sebagai insiden rompakan terburuk.
Pegawai kanan kecemasan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA), Louise Wateridge berkata, sebanyak 98 daripada 109 diserbu ganas.
“Israel mengeluarkan notis singkat untuk menggunakan laluan berbeza dari lintasan sempadan Kerem Shalom,” ujarnya.
Ia, sekali gus mencetuskan tanda tanya sama insiden itu mungkin perbuatan sabotaj yang sengaja mahu menjejaskan aliran bantuan kemanusiaan ke Gaza yang kini dilanda krisis kebuluran teruk atau menunjukkan penduduk di enklaf tersebut semakin terdesak.
Sementara itu, Ketua UNRWA, Stephane Dujarric memaklumkan beberapa trak turut musnah selain berdepan kerugian yang besar.
Kementerian Dalam Negeri di Gaza dalam satu kenyataan mengesahkan kira-kira 20 anggota geng rompakan itu terbunuh dalam operasi dilancarkan pasukan keselamatan Hamas dengan penyelarasan bersama jawatankuasa puak.
“Operasi ini akan diteruskan untuk memburu saki-baki geng tersebut bakal berdepan tindakan tegas kerana perbuatan mereka memburukkan lagi krisis kebuluran di wilayah ini,” kata jurucakapnya.
Sebelum ini, konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza pernah diserang pelampau Yahudi yang cuba melarang penghantaran bekalan ke wilayah tersebut.
Pada Jumaat lalu, pegawai PBB memberi amaran akses bantuan ke Gaza telah mencapai titik paling rendah akibat sekatan ketat Israel sejak beberapa bulan lalu. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!