Jasad Nur Arina ditemui tersangkut di Sungai Rui

Jasad Nur Arina ditemui tersangkut di Sungai Rui, Gerik, kira-kira 7km dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut. Foto: ihsan Bomba Perak
Jasad Nur Arina ditemui tersangkut di Sungai Rui, Gerik, kira-kira 7km dari lokasi mangsa dilaporkan hanyut. Foto: ihsan Bomba Perak
A
A
A

GERIK - Seorang wanita yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah di Sungai Air Beruk, Jalan Kampung Stang, Kampung Kerunai di sini, ditemui meninggal dunia pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, jasad Nur Arina Azizan, 20, dijumpai oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) tersangkut pada dahan pokok di tepi Sungai Rui di sini, sekitar jam 4 petang.

Nur Arina yang dilaporkan dihanyutkan arus deras dijumpai dalam operasi SAR yang memasuki hari ketiga pada Selasa. Foto: ihsan Bomba Perak
Nur Arina yang dilaporkan dihanyutkan arus deras dijumpai dalam operasi SAR yang memasuki hari ketiga pada Selasa. Foto: ihsan Bomba Perak

"Mangsa dijumpai kira-kira tujuh kilometer dari lokasi terakhir mangsa dilihat sebelum dihanyutkan arus deras Sungai Air Beruk.

"Mayat mangsa kemudian dibawa ke jeti dekat Kampung Dusun dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Jasad Nur Arina yang berjaya ditemui kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto: ihsan Bomba Perak
Jasad Nur Arina yang berjaya ditemui kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Foto: ihsan Bomba Perak

Menurut beliau, operasi SAR yang memasuki hari ketiga bermula jam 8 pagi dengan tumpuan melibatkan beberapa kawasan di Sungai Rui.

"Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) membuat selaman di lokasi awal mangsa dilaporkan hilang berhampiran rumah pam di Sungai Air Beruk dan keputusannya negatif.

Artikel Berkaitan:

"Tumpuan diteruskan di sepanjang Sungai Rui melibatkan 14 bot daripada pelbagai agensi dan dibantu Unit Anjing Pengesan (K9) JBPM," katanya.

Sabarodzi berkata, dengan penemuan itu, operasi SAR orang hilang di lokasi berkenaan ditamatkan pada jam 5.30 petang.

Sinar Harian melaporkan dalam kejadian sekitar jam 2.30 petang pada Ahad, Nur Arina dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus deras ketika beriadah bersama ibu dan adik perempuan serta dua sepupunya di Sungai Air Beruk.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan tiga ahli keluarga lain menyusuri sungai dengan ibunya berusia 48 tahun berpaut pada pelampung sebelum pelampung yang digunakan mangsa terpisah daripada ahli keluarga lain.

Tindakan mangsa yang turun dari pelampung telah menyebabkan dia dihanyutkan arus deras dan ibunya yang melihat kejadian itu cuba membantu sebelum turut dibawa arus namun berjaya diselamatkan oleh penduduk kampung.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!