Syarikat pengilang beras, pengarah didakwa perihal dagangan palsu
19 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Syarikat pengilang beras, pengarah didakwa perihal dagangan palsu
Sebuah syarikat pengilang beras dan dua pengarahnya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Pilah pada Selasa atas pertuduhan melakukan perihal dagangan palsu pada 13 kampit beras 'Super Import' di sebuah pasar raya di Jempol, tahun lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.
Syarikat Serba Wangi Sdn Bhd dan Orang Kena Saman(OKS), Lim Hooi Chung, 50, serta Low Kok Cheng, 53, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang didakwa di bawah Seksyen 5(1)(b) Akta Perihal Dagangan 2011 dan dibaca bersama Seksyen 6(1)(a) dan 6(1)(d) Akta yang sama yang boleh dihukum di bawah Seksyen 5(1)(A) akta yang sama.
#SinarHarian #BeritaSemasa #daganganpalsu #mahkamah