Sweden, Finland gesa rakyat siap siaga hadapi perang
STOCKHOLM - Sweden pada Isnin mula mengedarkan risalah kepada jutaan penduduk supaya bersiap sedia menghadapi kemungkinan perang.
“Situasi keselamatan sekarang amat serius dan kita semua perlu mengukuhkan daya ketahanan untuk berdepan pelbagai krisis yang membawa kepada peperangan di Eropah,” kata Pengarah Agensi Kontingensi Awam Sweden (MSB), Mikael Frisell yang bertanggungjawab memberikan brosur tersebut.
Buku kecil, If Crisis or War Comes setebal 32 muka surat itu turut mengandungi maklumat tentang persediaan untuk menghadapi peperangan, bencana alam, serangan ganas atau siber.
Sementara itu, Finland pula melancarkan langkah berbeza dengan membuka laman web untuk mengumpul maklumat tentang kesiapsiagaan menghadapi apa jua krisis.
Pada tahun lalu, Helsinki menutup lapan lintasan yang menghubungkan dengan Moscow susulan kebanjiran pendatang yang didakwa sebagai serangan hibrid didalangi Rusia hingga memaksa pihak berkuasa membina tembok dipasang kawat berduri sepanjang 200 kilometer di sempadan antara kedua-dua negara. - AFP
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!