Shivan tidak sabar harungi kempen Piala Malaysia

Shivan Pillay Foto: Perak FC
Shivan Pillay Foto: Perak FC
A
A
A

TONGGAK pertahanan Perak FC, Shivan Pillay mengakui sudah tidak sabar mengharungi kempen Piala Malaysia yang bakal bermula dengan menentang Kelantan Darul Naim FC, Jumaat ini.

Melihat kepada prestasi semasa pasukan, pemain berusia 23 tahun itu mahu Perak mengulangi pencapaian terbaik pasukan di pentas Piala Malaysia edisi ke-98 kali ini.

Dengan komitmen dan kesungguhan rakan sepasukan, Shivan yakin skuad kendalian Yusri Che Lah bakal menjadi pencabar hebat kepada pasukan-pasukan lain.

“Untuk Piala Malaysia, tahun lepas kami mara hingga separuh akhir. Sudah tentu musim ini Perak FC sekurang-kurangnya mahu melepasi pusingan separuh akhir dan beraksi lebih baik.

“Kempen Liga Super dan Piala Malaysia itu berbeza, dari segi format dan sebagainya. Kita akan buat yang terbaik dan mengharapkan untuk mara lebih jauh,” kata Shivan.

Sementara itu, Shivan melihat banyak sisi positif Perak ketika berdepan Johor Darul Ta’zim baru-baru ini, biarpun tewas, usaha dan kesungguhan rakan sepasukan amat baik sambil mengharapkan semangat tidak mudah mengalah itu dapat diteruskan.

Shivan Pillay Foto: Perak FC
Shivan Pillay Foto: Perak FC

“Bagi saya di separuh masa kedua kita berjaya tunjukkan yang kita mampu bersaing dengan JDT. Mereka bermain dengan bagus dan saya bangga dengan rakan sepasukan.

Artikel Berkaitan:

“Dalam pasukan ada banyak penambahbaikkan. Dari perlawanan pertama di awal musim hingga sekarang, kita sentiasa bekerja keras untuk berada di kedudukan terbaik dan selepas ini kita lihat peluang di pentas Piala Malaysia pula,” katanya.

INFO

Perak FC diundi berdepan Kelantan Darul Naim FC untuk aksi Pusingan 16 Piala Malaysia yang menyaksikan aksi pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik.

PIALA MALAYSIA 2024/25

PUSINGAN 16

PERLAWANAN PERTAMA

RABU (20 NOVEMBER)

Kuala Lumpur Rovers lwn Johor Darul Ta’zim

(Stdm Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, 6 petang)

KHAMIS (21 NOVEMBER)

Penang FC lwn Kuching City

(Stdm Bandaraya, Georgetown, 8.30 malam)

JUMAAT (22 NOVEMBER)

Kedah Darul Aman lwn Kuala Lumpur City

(Stdm Darul Aman, Alor Setar, 9 malam)

Kelantan Darul Naim lwn Perak

(Stdm Majlis Bandaraya Petaling Jaya, 9 malam)

SABTU (23 NOVEMBER)

PT Athletic lwn Sabah FC

(Stdm Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, 5 petang)

Sri Pahang FC lwn Selangor FC

(Std Majlis Perbandaran Temerloh, 8.30malam)

Melaka FC lwn Terengganu FC

(Stdm Hang Jebat, 9 malam)

AHAD (24 NOVEMBER)

Negeri Sembilan FC lwn PDRM FC

(Stdm Tuanku Abdul Rahman, Paroi, 9 malam)

*Tarikh, masa venue tertakluk pindaan Liga Bolasepak Malaysia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!