'Netanyahu pembunuh bersiri keamanan'

Odeh diusir beberapa individu selepas Speaker Knesset mengarahkan beliau meninggalkan dewan itu. Foto Agensi
Odeh diusir beberapa individu selepas Speaker Knesset mengarahkan beliau meninggalkan dewan itu. Foto Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Pemimpin senarai Hadash-Ta'al yang juga penduduk Palestin di wilayah diduduki Israel, Ayman Odeh dengan lantang menggelar Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebagai 'pembunuh bersiri keamanan'.

"Terdapat 17,385 bayi di Gaza dibunuh oleh sistem anda dan 825 daripadanya berusia di bawah 12 bulan. Ada 35,055 bayi menjadi anak yatim piatu di Gaza. Darah korban kekejaman anda akan kekal menghantui anda.

"Tetapi, anda masih lagi persoalkan mengapa anda didakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Apakah visi sebenar anda Netanyahu?" tegas Odeh ketika berucap di Knesset (Parlimen) yang turut dihadiri Netanyahu pada Isnin.

Rakaman video dikongsi Odeh di platform X menunjukkan respons kurang senang beberapa anggota Knesset berhaluan kanan termasuk Netanyahu hingga Speaker, Amir Ohana mengarahkan beliau keluar dari dewan setelah tiga individu cuba mengheretnya dari podium.

Setelah diusir, Odeh masih tidak berputus asa malah bertindak merakam baki ucapan yang kemudiannya dimuat naik di platform X.

Beliau menggesa keamanan, keselamatan dan keadilan buat komuniti Arab yang menetap di Tel Aviv.

"Netanyahu telah menjadi pembunuh bersiri keamanan selama 30 tahun terhadap penduduk Palestin dan pendatang Yahudi. Hakikatnya, visi untuk kehidupan aman damai akan mengatasi visi pertumpahan darah yang dilaksanakan di bawah kepimpinannya," katanya.

Ketidakpuasan hati orang ramai terhadap 'dasar ekstremis' Netanyahu semakin meningkat termasuk siri protes mingguan yang mengutuk tindakan membabi buta rejim Tel Aviv meningkatkan ketegangan di Asia Barat.

Artikel Berkaitan:

Pemimpin veteran yang menerajui Parti Likud itu juga dipersalahkan atas tindakan sengaja melengah-lengahkan pelaksanaan gencatan senjata di Gaza demi kepentingan peribadi dan agenda jahat politik beliau.

Kegilaan Zionis berperang di Gaza dan Lubnan telah meragut hampir 48,000 orang termasuk wanita dan kanak-kanak. - Agensi

@sinarharianonline

Pemimpin senarai Hadash-Ta'al yang juga penduduk Palestin di wilayah diduduki Israel, Ayman Odeh dengan lantang menggelar Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu sebagai 'pembunuh bersiri keamanan'. "Terdapat 17,385 bayi di Gaza dibunuh oleh sistem anda dan 825 daripadanya berusia di bawah 12 bulan. Ada 35,055 bayi menjadi anak yatim piatu di Gaza. Darah korban kekejaman anda akan kekal menghantui anda. "Tetapi, anda masih lagi persoalkan mengapa anda didakwa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC). Apakah visi sebenar anda Netanyahu?" tegas Odeh ketika berucap di Knesset (Parlimen) yang turut dihadiri Netanyahu pada Isnin. #SinarHarian #SinarTerkini #VideoViral #Israel #BenjaminNetanyahu #Pembunuhbersirikeamanan

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!