Dahulu hanya lelaki masuk Golok, kini pusat pelancongan keluarga

Pekan Golok diibaratkan 'syurga' buat golongan lelaki kerana di sini terdapat hampir 100 pusat hiburan seperti karaoke, disko dan dangdut.
Pekan Golok diibaratkan 'syurga' buat golongan lelaki kerana di sini terdapat hampir 100 pusat hiburan seperti karaoke, disko dan dangdut.
A
A
A

SUNGAI GOLOK, THAILAND - [DIKEMAS KINI] Jika 40 tahun lalu, hanya orang lelaki yang masuk ke Pekan Golok untuk berhibur kerana di sini terdapat hampir 100 pusat hiburan seperti karaoke, disko dan dangdut.

Namun kini, pekan yang terletak hanya beberapa kilometer dari Rantau Panjang, Malaysia itu dikenali sebagai pusat pelancongan keluarga, bukan sekadar untuk hiburan semata-mata.

Menurut Ketua Daerah Sungai Golok, Anirut Bua-On, pihaknya tekad mengubah imej Pekan Sungai Golok kepada pelancongan.

Anirut Bua-On
Anirut Bua-On

"Usaha ini bertujuan menukar tanggapan negatif rakyat Malaysia yang berkunjung ke sini semata-mata mahu berhibur. Jika 40 tahun lalu hanya orang lelaki yang masuk ke Pekan Golok untuk berhibur, itu benar. Namun hari ini ia sudah berubah sama sekali," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di sini.

Menurut beliau, majoriti rakyat Malaysia yang masuk ke sini untuk tujuan pelancongan, membeli-belah serta menikmati pelbagai pilihan makanan.

Ujarnya, kebanyakan mereka datang bersama keluarga masing-masing sekali gus menyangkal persepsi negatif untuk tujuan berhibur semata-mata.

Anirut memberitahu, Pejabat Daerah kini sedang berusaha mengubah tanggapan tersebut dengan mempelbagaikan aktiviti setempat serta melaksanakan peraturan baharu.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya memperketatkan sekatan di pusat-pusat hiburan dengan hanya membenarkan individu berusia 20 tahun dan ke atas masuk.

"Senjata api seperti pistol dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa masuk semasa berhibur. Jadi pelancong luar tidak perlu takut jika berkunjung atau bermalam di sini kerana tahap keselamatan berada pada tahap terbaik," katanya.

Kini Pekan Golok yang terletak hanya beberapa kilometer dari Rantau Panjang dikenali sebagai pusat pelancongan keluarga bukan sekadar untuk hiburan semata-mata.
Kini Pekan Golok yang terletak hanya beberapa kilometer dari Rantau Panjang dikenali sebagai pusat pelancongan keluarga bukan sekadar untuk hiburan semata-mata.

Menurut Anirut, kes tangkapan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita popular Kelantan pada 1 November lalu telah menjejaskan ekonomi di Pekan Golok hampir 80 peratus.

Katanya, situasi itu menyebabkan pekan yang tidak pernah sunyi daripada orang ramai mulai lengang sepanjang seminggu selepas kejadian terbabit tanpa kehadiran rakyat Malaysia.

"Situasi seperti ini hanya boleh dilihat semasa semua negara dilanda pandemik Covid-19. Bagaimanapun situasi itu semakin pulih apabila rakyat Malaysia mula kembali melancong ke sini walaupun tidak semeriah sebelum kejadian tangkapan tersebut," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita popular di Kelantan antara enam individu yang ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok di sini.

Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Kesemua suspek yang ditahan juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Enam suspek itu kini direman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!