Dua beradik positif dadah ditahan depan mak ayah

Sembilan penagih yang ditahan AADK dalam satu sekatan di Batu 9, Jalan Changkat Jong dekat Teluk Intan semalam.
Sembilan penagih yang ditahan AADK dalam satu sekatan di Batu 9, Jalan Changkat Jong dekat Teluk Intan semalam.
A
A
A

TELUK INTAN - Dua beradik lelaki antara sembilan yang ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selepas didapati positif dadah dalam satu sekatan jalan raya di Batu 9, Jalan Changkat Jong, di sini semalam.

Kedua-duanya berusia lingkungan 20-an ditahan ketika dalam perjalanan ke Tapah menaiki sebuah kereta bersama ibu bapa mereka sebelum ditahan penguat kuasa.

Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu terpaksa akur dengan penahanan itu kerana sudah pun mengetahui yang anak mereka terlibat dengan masalah penagihan.

Ketua Pegawai AADK Hilir Perak, Najmiah Hanafi berkata, ujian air kencing dijalankan mendapati dua beradik berkenaan positif dadah jenis methamphetamine.

"Tiada rampasan dadah atau peralatan yang digunakan bagi aktiviti penagihan ditemui dalam operasi berkenaan," katanya.

Menurutnya, semua individu berusia lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan mengikut Seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (APD) 1983 untuk tindakan lanjut.

"Kesemua mereka didapati positif methamphetamine dan tetrahydrocannabinol (THC)," katanya.

Operasi bermula 8.30 pagi hingga 1 petang itu turut melibatkan polis, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Jabatan Alam Sekitar.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!