'Telah mati hati pemerintah'

Penduduk membawa sepanduk tertulis 'telah wafat hati nurani pemerintah' selepas selesai 'membina' kubur di kawasan jalan rosak. Agensi
Penduduk membawa sepanduk tertulis 'telah wafat hati nurani pemerintah' selepas selesai 'membina' kubur di kawasan jalan rosak. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Kesal jalan kampung rosak sejak belasan tahun tidak dibaiki, penduduk Kampung Suminta, Kecamatan Cikulur, Kabupaten Lebak membina replika kubur di jalan berkenaan.

Menurut penduduk kampung, Tuti, tujuan mereka bertindak sedemikian bagi menyindir Pemerintah Kabupaten Lebak (Pemkab) kerana permintaan mereka sebelum ini tidak diendahkan Pemkab.

"Padahal cuma 1 kilometer jalan di hadapan rumah penduduk kampung ini rosak.

"Masalahnya, isu ini sudah melarat belasan tahun, kami sudah penat menanti (pembaikan jalan)," katanya kepada wartawan pada Isnin.

Dalam pada itu, katanya penduduk kampung sebelum ini pernah beberapa kali menyampaikan permintaan mereka supaya jalan itu dibaiki, namun sehingga kini tiada pegawai pemerintah yang datang untuk melihat permasalahan berkenaan.

Penduduk 'berdoa' selepas selesai membina replika kubur. Agensi
Penduduk 'berdoa' selepas selesai membina replika kubur. Agensi

"Perhatian pemerintah terhadap infrastruktur jalan sangat minimum, kami (penduduk kampung) sangat kesal.

"Mudah-mudahan selepas tindakan kami ini, pemerintah terbuka hati mereka," kata Tuti.

Artikel Berkaitan:

Jalan yang rosak itu dipercayai merupakan jalan akses utama orang ramai, malah ia menghubungkan tiga kecamatan. Antaranya, Kecamatan Warunggunung, Cikulur dan Cibadak.

Keadaan bertambah parah apabila hujan, takungan air yang memenuhi jalan itu membuatkan pengguna sering tergelincir semasa memandu. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!