Tutup operasi pusat hiburan lima tahun jika terlibat dadah - Pihak berkuasa Thailand

Pusat hiburan yang menjadi lokasi penyalahgunaan dadah akan diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi selama lima tahun jika dikesan pihak berkuasa Thailand.
Pusat hiburan yang menjadi lokasi penyalahgunaan dadah akan diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi selama lima tahun jika dikesan pihak berkuasa Thailand.
A
A
A

SUNGAI GOLOK, THAILAND - Ketua Daerah Sungai Golok, Anirut Bua-On memberitahu pusat hiburan yang menjadi lokasi penyalahgunaan dadah akan diarahkan tutup dan tidak boleh beroperasi selama lima tahun jika dikesan pihak berkuasa.

Beliau berkata, tindakan itu memperlihatkan kerajaan Thailand mengambil serius penyalahgunaan dadah dalam kalangan penduduk termasuk pelancong asing yang berkunjung ke pusat hiburan di sini.

"Berhibur tidak salah, tapi jangan terlibat dengan dadah," katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di sini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Sungai Golok, Kolonel Polis Jadsadavit Inprapan dan Ahli Parlimen Golok, Amin Mat Yusoff.

Anirut (tiga dari kanan) bersama Jadsadavit (kanan) dan Amin (dua dari kanan) semasa sidang akhbar di Pekan Golok, Thailand.
Anirut (tiga dari kanan) bersama Jadsadavit (kanan) dan Amin (dua dari kanan) semasa sidang akhbar di Pekan Golok, Thailand.

Menurut beliau sekiranya ada pengunjung yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah pusat hiburan perlu melaporkan kepada pihak berkuasa tempatan.

Ujarnya, jika tiada sebarang laporan dibuat pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang membawa kepada penutupan premis selama lima tahun.

“Premis juga hanya boleh beroperasi pada masa yang ditetapkan serta tidak menyediakan persembahan berunsur lucah.” katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam perkembangan lain, Anirut memberitahu, pihak berkuasa Thailand akan menjalankan siasatan telus berkait dengan penangkapan enam rakyat Malaysia termasuk penyanyi wanita popular Kelantan yang ditahan bersama dadah.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!