KanWork beri pendedahan pencegahan kanser

Komuniti yang menyertai Program Kesedaran Kanser Bersama Komuniti di Masjid Al Mujahideen Damansara Utama baru-baru ini.
Komuniti yang menyertai Program Kesedaran Kanser Bersama Komuniti di Masjid Al Mujahideen Damansara Utama baru-baru ini.
A
A
A

PETALING JAYA - Bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara, Persatuan Kanser Network (KanWork) telah menganjurkan Program Kesedaran Kanser Bersama Komuniti di Damansara Utama baru-baru ini.

Setiausaha Kehormat KanWork, Dr Mariana Mohd Yusoff berkata, program itu adalah salah satu inisiatif KanWork memberi pendedahan awal dalam mengurangkan risiko serta mengesan kanser di peringkat awal.

“Program ini dapat memberi maklumat kepada komuniti setempat bagaimana cabaran yang dilalui oleh pejuang kanser serta peranan KanWork dalam menyokong pesakit, survivor atau caregiver,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Jelasnya, seramai 150 komuniti telah mengikuti program yang diadakan Masjid Al Mujahideen di sini.

Antara aktiviti yang diadakan ialah saringan kesihatan, saringan kanser, ceramah kesedaran kanser oleh Pakar Klinikal Onkologi Hospital Beacon, Dr Mohamed Ibrahim A Wahid.

Warga emas melakukan pemeriksaan kesihatan.
Warga emas melakukan pemeriksaan kesihatan.

Selain itu, turut diadakan forum perkongsian pengalaman bersama survivor kanser, sembang diet bersama dietitian, pemeriksaan klinikal payudara, subsidi ujian mammogram, pameran kesedaran kanser dan jualan amal.

Mariana turut mengucapkan terima kasih kepada semua rakan kerjasama yang memberikan komitmen tinggi untuk merealisasikan program ini.

Artikel Berkaitan:

“Persatuan KanWork beroperasi di Rumah KanWork, Damansara Utama adalah sebuah badan bukan kerajaan (NGO) berdaftar berperanan untuk memberi sokongan kepada mereka yang terkesan dengan kanser.

“Objektif utamanya menyampaikan maklumat, memberi pendidikan dan meningkatkan kesedaran terhadap kanser untuk pengesanan awal selain menggalakkan cara hidup sihat bagi mengurangkan risiko,” katanya

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!