MIHAS@Dubai 2024 catat jualan eksport RM500 juta pada hari pertama
20 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 berjaya menterjemahkan pencapaian penting bagi industri halal Malaysia selepas mencatat kejayaan luar biasa melalui nilai jualan eksport bernilai RM500 juta pada hari pertama, dengan sasaran RM1.2 bilion sebagai nilai keseluruhan.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pameran bersejarah yang pertama kali diadakan di luar Malaysia ini menunjukkan kesungguhan negara untuk mengantarabangsakan industri halal dan memperkukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global dalam ekonomi halal.
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #MIHAS@Dubai