Tenang di mahkamah, Farid mahu rai hari lahir anak

Farid ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Farid ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
A
A
A

AKTOR Farid Kamil memilih untuk mengunci mulut daripada mengulas perihal perceraian buat kali kedua dan hanya bercerita mengenai perancangannya menyambut hari lahir anak keduanya, Nur Aurora.

Ditanya simbolik pemilihan pakaiannya yang mengenakan kurta putih dan songkok berlilit putih, Farid tidak mengulas sebaliknya memberitahu mahu menjemput Aurora pulang dari sekolah.

"Sebenarnya, hari ini saya sangat bersyukur. Saya mahu menjemput anak saya pulang dari sekolah untuk menyambut hari lahirnya.

"Saya harap orang beri doa-doa yang terbaik buat anak saya Nur Aurora Robe'ah.

"Semoga dia diberkati dan dirahmati ALLAH SWT. Dia nak hadiah paling mahal iaitu saya,” selorohnya sebelum meninggalkan pekarangan kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.

Dalam masa sama, Farid bersyukur urusan berjumpa anak-anak dipermudahkan memandangkan dia baru sahaja bertemu pada pagi tadi.

“Jumpa anak-anak tiada masalah. Kami dapat bertemu seperti biasa. Kali terakhir saya jumpa mereka pun hari ini.

“Aurora dan Muhammad, alhamdulillah mereka dalam keadaan baik-baik sahaja,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Farid bersama peguamnya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.
Farid bersama peguamnya ketika ditemui pemberita di Kompleks Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Rabu.

Sementara itu, ditanya adakah Farid bersedia untuk melepaskan Diana Danielle buat kali kedua, peguam syarie yang mewakilinya, Fakhrul Azman Abu Hassan berkata, anak guamnya itu sudah bersedia melalui prosiding di mahkamah.

"Farid sudah bersedia hadapi prosiding mahkamah tetapi keputusan masih belum ada," jelasnya.

Terdahulu, Diana memfailkan penceraian buat kali kedua pada 4 November lalu selepas mendakwa wujud pergaduhan berpanjangan atau ‘shiqaq’ yang tidak boleh diperbaiki.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad, 11, dan Nur Aurora, 9.

Sebelum ini, Diana dan Farid pernah berhadapan dengan krisis rumah tangga yang berpanjangan sebelum disahkan bercerai talak satu menerusi Google Meet pada 10 Ogos tahun lalu. Bagaimanapun, kedua-dua mereka rujuk semula pada 31 Ogos tahun sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!