PPM cekup nelayan asing

Tiga lelaki termasuk dua warga Myanmar ditahan PPM ketika sedang menangkap ikan di Laut Tanjung Karang, Selangor semalam.
Tiga lelaki termasuk dua warga Myanmar ditahan PPM ketika sedang menangkap ikan di Laut Tanjung Karang, Selangor semalam.
A
A
A

TANJUNG KARANG - Pasukan Polis Marin (PPM) semalam menahan dua lelaki warga asing bersama seorang lelaki tempatan di Laut Tanjung Karang selepas didapati melakukan aktiviti menunda tanpa kebenaran.

Siasatan juga mendapati mereka melakukan aktiviti itu kurang dari 5 batu nautika dari pantai, menggunakan pekerja asing tanpa kebenaran serta penggunaan saiz mata pukat yang tidak dibenarkan.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PPM Pelabuhan Klang, Deputi Superintenden Hazri Zakaria berkata, kegiatan nelayan terbabit dikesan anggotanya ketika Op Pintasan kira-kira jam 8 pagi.

"Sebuah bot tunda kelas B dikesan dalam keadaan mencurigakan sedang menangkap ikan.

"Kemudian, anggota operasi telah menghampiri bot terbabit untuk pemeriksaan. Lelaki tempatan berusia 45 tahun itu bertindak sebagai tekong manakala dua warga Myanmar adalah awak-awak," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Beliau berkata, PPM kemudian merampas hasil tangkapan ikan seberat kira-kira 10 kilogram bernilai RM150.

"Kes telah diserahkan kepada pihak Jabatan Perikanan Kuala Selangor untuk siasatan di bawah Akta Perikanan 1985," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!