Warga asing didakwa beri rasuah RM1,000 kepada penguat kuasa MBIP

Seorang lelaki warga asing didakwa atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada anggota penguatkuasa MBIP di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.
Seorang lelaki warga asing didakwa atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada anggota penguatkuasa MBIP di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki warga India dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada anggota penguat Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), hujung tahun lalu.

Tertuduh, Kalayakarente Prasad, 40, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Berdasarkan kertas pertuduhan, warga asing itu ketika bekerja sebagai pekerja kedai runcit didakwa secara rasuah memberikan satu suapan iaitu wang tunai RM1,000 kepada Pembantu Penguatkuasa (Unit Elite) gred KP19 di Jabatan Penguatkuasaan, MBIP pada 26 September 2023.

Ia sebagai dorongan untuk tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas kedai runcit itu kerana meletakkan halangan dan membuat binaan kekal berupa sinki di kaki lima premis tanpa kebenaran MBIP yang merupakan kesalahan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133).

Seorang lelaki warga asing didakwa atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada anggota penguatkuasa MBIP di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.
Seorang lelaki warga asing didakwa atas pertuduhan memberi rasuah RM1,000 kepada anggota penguatkuasa MBIP di Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Rabu.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai runcit, Jalan Ronggeng 11, Taman Skudai Baru, Skudai.

Pendakwaan terhadap tertuduh dibuat mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan didenda lima kali ganda jumlah suapan atau RM10,000 mengikut mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa dari SPRM, Fazal Lisam Abidin dan tertuduh diwakili peguam Muhammad Faizzudin Abd Ra'fik.

Artikel Berkaitan:

Dalam prosiding itu, Fazal memberitahu kesalahan di bawah seksyen berkenaan tidak boleh dijamin, namun menyerahkan kepada budi bicara mahkamah jika ingin membenarkannya.

Peguam tertuduh bagaimanapun memohon mahkamah membenarkan anak guamnya dijamin dengan jumlah yang rendah atas alasan tertuduh kini hanya bekerja di sebuah restoran dengan gaji RM1,500 sebulan.

Mahkamah kemudian membuat keputusan untuk tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 4 Disember depan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!