Siapa akan jawab pertuduhan jika Daim diperintah bela diri - Hakim

Toh Puan Naimah Abdul Khalid (tengah) kelihatan hadir pada sebutan kes Allahyarham suaminya, Tun Daim Zainuddin di Kompleks Mahkamah KL pada Rabu. Foto Bernama
Toh Puan Naimah Abdul Khalid (tengah) kelihatan hadir pada sebutan kes Allahyarham suaminya, Tun Daim Zainuddin di Kompleks Mahkamah KL pada Rabu. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR – “Jika mahkamah mendapati tertuduh perlu hadir untuk membela diri di akhir kes pendakwaan, siapa yang akan menjawab pertuduhan itu?

Demikian soal Hakim, Azura Alwi selepas peguam kepada Allahyarham Tun Daim Zainuddin memberitahu, pembelaan mengambil pendirian supaya kes gagal mematuhi notis, dengan tidak mengisytiharkan lebih 70 harta dan satu bank akaun, diteruskan demi membersihkan nama bekas Menteri Kewangan itu.

Semasa prosiding, peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar berkata, meskipun selepas pemergian Daim 13 November lalu, anak guamnya itu sebelum ini nekad mahu membersihkan nama sehingga hayatnya.

“Ketika terbaring sakit di atas katil, beliau menyatakan mahu membersihkan imej daripada tuduhan yang tidak berasas, maka pendirian kami ialah meneruskan perbicaraan.

“Pertuduhan itu tidak boleh dibiarkan tergantung di bahu anak guam dan dia perlu diberi pembebasan penuh,” katanya.

Beliau berkata, Daim, 86, merupakan seorang bekas pemimpin yang terkenal, mempunyai kerjaya yang cukup lama dalam kerajaan.

Susulan itu beliau berkata, kes itu tidak boleh dibiarkan tergantung di bahu anak guam.

Sementara itu ketika sidang media, Gurdial Singh membidas pihak pendakwaan kerana mencabar sijil cuti sakit (MC) yang diberikan kepada tokoh korporat tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Sikap kejam mereka berlanjutan apabila mahu menyoal doktor dan kakitangan yang mengeluarkan MC itu.

“Lebih-lebih lagi apabila mereka mahu mengesahkan tahap mental Tun Daim semasa prosiding lalu,” katanya.

Pada Rabu, Daim dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini, daripada satu pertuduhan tersebut.

Azura memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan memberitahu, mereka tidak berniat untuk meneruskan kes kerana Daim meninggal dunia pada Rabu minggu lalu.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!