Misteri kehilangan kambing betina terjawab

Misteri kehilangan seekor kambing betina terjawab apabila haiwan itu ditemukan dibaham ular sawa batik sepanjang enam meter dalam kebun getah di Kampung Lata Rek, Kuala Krai pada Rabu.
Misteri kehilangan seekor kambing betina terjawab apabila haiwan itu ditemukan dibaham ular sawa batik sepanjang enam meter dalam kebun getah di Kampung Lata Rek, Kuala Krai pada Rabu.
A
A
A

KUALA KRAI - Misteri kehilangan seekor kambing betina terjawab apabila haiwan itu ditemukan dibaham ular sawa batik sepanjang enam meter dalam kebun getah di Kampung Lata Rek, di sini pada Rabu.

Kejadian itu disedari oleh anak kepada penternak, Mohd Syazwan Zafri Mohd Salleh, 17, yang terkejut melihat reptilia seberat 180 kilogram sedang asyik membaham kambing tersebut sekitar jam 10 pagi.

Mohammad Salihin, 21, berkata, dia mengetahui kejadian itu selepas dihubungi adiknya, Mohd Syazwan yang memaklumkan perkara tersebut.

Orang ramai turut membantu membawa reptiliar tersebut keluar dari kebun getah kerana kawasan tersebut berbukit.
Orang ramai turut membantu membawa reptiliar tersebut keluar dari kebun getah kerana kawasan tersebut berbukit.

"Ketika itu adik ke kebun getah berhampiran untuk mencari kambing terbabit yang tidak pulang ke kandang sejak Selasa lalu.

"Sampai di lokasi adik telah menjumpai seekor ular sawa sedang membelit dan makan kambing tersebut. Tanpa berlengah adik pulang ke rumah memaklumkan pada ayah kemudian kami menghubungi pihak bomba kerana ular sawa tersebut bersaiz besar," katanya ketika dihubungi.

Menurut dia, ayahnya memelihara sekitar 10 ekor kambing bagi mendapatkan pendapatan sampingan selain menoreh getah.

Sementara itu, Ketua Pasukan Bomba Sukarela Guchil, Hamdan Mahadi memberitahu, beliau bersama lima lagi anggota mengambil masa hampir dua jam untuk membawa reptiliar tersebut keluar dari kebun getah.

Artikel Berkaitan:

"Kami turut dibantu oleh penduduk kampung kerana keadaan kebun yang berbukit serta ular sawa tersebut terlalu berat.

"Ular ini akan kami serahkan kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!