Lemas ketika memukat ikan

Lokasi mayat warga emas ditemukan lemas di sungai belakang kilang sawit dekat Jerangau Barat, Ajil di Hulu Terengganu pada Rabu. Gambar kecil: Arwah Chik
Lokasi mayat warga emas ditemukan lemas di sungai belakang kilang sawit dekat Jerangau Barat, Ajil di Hulu Terengganu pada Rabu. Gambar kecil: Arwah Chik
A
A
A

HULU TERENGGANU - Seorang warga emas ditemukan lemas ketika memukat ikan berdekatan sungai belakang kilang sawit di Jerangau Barat, Ajil di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, mayat Chik Mamat, 76, dijumpai oleh penduduk kampung yang kebetulan melalui kawasan itu untuk menahan pukat kira-kira jam 8.45 pagi.

Menurutnya, pihak polis menerima laporan berhubung kejadian jam 9.40 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

"Kita menerima maklumat daripada orang awam memberitahu telah menjumpai mangsa di dalam air berdekatan dengan pukat ikan.

"Polis bersama bantuan orang ramai telah mengeluarkan mangsa pada kedalaman air lebih kurang satu meter sebelum dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, kes tersebut diklafikasikan sebagai mati mengejut.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!