[VIDEO] Simbah cat merah, dua lelaki didenda RM4,800

A
A
A

KUALA LUMPUR – Tindakan dua lelaki menyimbah cat di dua kereta dan rumah, mengundang padah apabila mereka didenda masing-masing RM4,800 oleh dua Mahkamah Majistret di sini pada Rabu.

Mekanik, Teo Hong Li, 41 yang berbaju hitam, dan juruteknik, Tang Leang Yee, 33, memakai baju T kelabu, dikenakan hukuman itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Aina Azahra Arifin dan Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim.

Leang Yee dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan kes menyimbah cat merah pada kereta dan rumah dua individu, pada dua minggu lalu.
Leang Yee dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan kes menyimbah cat merah pada kereta dan rumah dua individu, pada dua minggu lalu.

Mahkamah memerintahkan kedua-dua tertuduh dipenjara tujuh bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Mengikut dua pertuduhan, mereka bersama-sama didakwa melakukan khianat dengan menyimbah cat berwarna merah di dua rumah dan kereta milik penyelia cawangan syarikat swasta serta jurujual, masing-masing berusia 36 tahun hingga menyebabkan kerugian berjumlah RM3,000.

Kejadian didakwa dilakukan di rumah mangsa di Desa Setapak di sini, pada jam 3.10 petang, 4 November lalu.

Hong Li dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan kes menyimbah cat merah pada kereta dan rumah dua individu, pada dua minggu lalu.
Hong Li dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Rabu, bagi menghadapi pertuduhan kes menyimbah cat merah pada kereta dan rumah dua individu, pada dua minggu lalu.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Mengikut fakta kes, kedua-dua mangsa menyedari rumah dan kenderaan mereka disimbah cat berkenaan selain terdapat nota catatan ugutan.

Dalam kes ini, pendakwaan dikenalikan Timbalan Pendakwa Raya, Nurainizatul Farhana Zainal dan Hench Goh manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!