[VIDEO] Lerai rindu 30 tahun terpisah dengan ibu bapa

Pertemuan ibu Romero bersama datuk dan neneknya menyentuh hati setelah tidak bertemu sejak 30 tahun lamanya.
Pertemuan ibu Romero bersama datuk dan neneknya menyentuh hati setelah tidak bertemu sejak 30 tahun lamanya.
A
A
A

SEATTLE - Selepas 30 tahun berpisah, seorang wanita disatukan dengan ibu bapanya di Seattle, Washington di sini.

Pertemuan itu dirancang oleh anaknya membuatkan wanita itu menangis ekoran sudah lama tidak bertemu ibu bapanya yang berada di Mexico.

Luis Cortes Romero berkata, ibunya tidak dapat pulang ke kampung halaman kerana masalah dokumentasi.

"Saya membuat kejutan untuk ibu agar dia disatukan dengan ibu bapa selepas 3 dekad tidak bertemu.

"Datuk nenek tinggal di Mexico dan ibu saya tidak boleh ziarah mereka. Apabila saya belajar undang-undang, saya berikrar mahu menyatukan mereka dengan mendapatkan visa," ciap Luis Cortes Romero di Twitternya sebelum tular di laman sosial.

Selain ibunya, Romero juga menjemput ibu saudaranya untuk bertemu kedua ibu bapa mereka yang sudah bertahun-tahun tidak berjumpa.

Ciapnya, lokasi rumah datuk dan neneknya terletak di kawasan pedalaman dan perjalanan mengambil masa beberapa jam untuk tiba.

"Datuk kurang upaya mengalami masalah pekak dan bisu selain buta huruf. Ia memberi cabaran untuk saya mengaturkan mereka untuk datang ke sini.

Artikel Berkaitan:

"Mereka juga berpeluang meraikan ulang tahun datuk tidak lama lagi," katanya.

Pada hantaran sama, Romero turut memuat naik video pertemuan ibu bersama datuk dan neneknya sekali gus meruntun jiwa netizen.

Sebaik menonton video tersebut, netizen menyifatkan Romero adalah anak yang baik kerana telah berjaya menggembirakan ibunya.

"Anda adalah seorang anak yang baik! Saya sangat gembira kerana ibu anda dapat melihat ibu bapanya lagi dan sangat menyesal apa yang berlaku terhadap mereka," kata NurseMom.

Kata Kathryn Delaney, "Terima kasih. Saya tak pasti saya menangis kerana pertemuan ini atau berasa malu dengan undang-undang negara kita yang membuatkan mereka terpisah jauh sejak 3 dekad lamanya. Moga keluarga ini diberkati."

Ujar Joe Gregory, "Tiada apa lebih penting dari keluarga."

Setakat jam 2 petang ini, video berdurasi 40 saat telah ditonton oleh 575,400 tontonan setelah dimuat naik malam tadi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!