Rafizi beli barang keperluan sendiri tanpa orang gaji
SHAH ALAM - Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli mengakui beliau dan isteri membeli barangan keperluan sendiri tanpa bantuan orang gaji.
Menurutnya, orang ramai boleh membuat kritikan namun bukan semua menteri sekarang seperti dulu-dulu.
"Saya tak ada orang gaji, jadi memang kami (saya dan isteri) beli sendiri semua termasuk makanan kucing untuk 19 ekor.
"Boleh je kritik, tapi bukan semua menteri sekarang macam menteri yang dulu-dulu," katanya menerusi hantaran di aplikasi X pada Rabu.
Saya tak de orang gaji, jadi memang kami (saya dan isteri) beli sendiri semua.
— Rafizi Ramli (@rafiziramli) November 20, 2024
Termasuk makanan kucing untuk 19 ekor kucing
Boleh je kritik, tapi bukan semua menteri sekarang macam menteri yang dulu2. https://t.co/SE0AVqyBXO
Kenyataan tersebut dibuat bagi membalas hantaran warga maya yang mendakwa Rafizi tidak pernah membeli barang kerana mempunyai orang gaji.
Hantaran berkenaan turut mendakwa Rafizi tidak pernah mempunyai masalah wang dan tidak terasa dengan peningkatan harga barang.
Sebelum ini, Rafizi mendedahkan hanya empat barangan segar alami kenaikan 10 peratus dalam tempoh Julai 2024 berbanding Jun tahun ini berikutan mendengar keluhan di media sosial mendakwa harga barang semakin melambung meskipun kadar inflasi negara stabil dan berada di bawah paras dua peratus iaitu terendah sejak beberapa tahun ini.
Kata beliau, barang tersebut ialah betik biasa yang naik dari harga RM4.48 ke RM5.57 sekilogram (kg), manakala udang putih meningkat dari RM36.67 ke RM42.29 satu kg, oren valencia RM1.24 ke RM1.43 sebji dan jambu batu tanpa biji RM9.65 ke RM10.81 satu kg.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!