'Gred D terlalu tinggi' - Ahmad Fadhli

Bersih memberikan gred D iaitu 45.8 peratus menerusi penilaian pertengahan penggal kepada Kerajaan Perpaduan yang sudah mentadbir negara selama dua tahun. (Gambar kecil: Ahmad Fadhli)
Bersih memberikan gred D iaitu 45.8 peratus menerusi penilaian pertengahan penggal kepada Kerajaan Perpaduan yang sudah mentadbir negara selama dua tahun. (Gambar kecil: Ahmad Fadhli)
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, gred D yang diberikan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk Laporan Penilaian Dua Tahun Kerajaan Madani adalah terlalu tinggi.

Beliau mendakwa, Bersih mungkin mahu menjaga hati Kerajaan Perpaduan dengan memberikan gred tersebut.

"Saya berpandangan, gred D terlalu tinggi sepatutnya gred F namun, mungkin Bersih masih ingin menjaga hati kerajaan yang sedang mentadbir, maka markah simpati diberikan.

"Jika diibaratkan pelajar universiti, kerajaan yang ada tidak melaksanakan tugasan kerja kursus dan didapati meniru dalam peperiksaan," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Isnin, Bersih memberikan gred D iaitu 45.8 peratus menerusi penilaian pertengahan penggal kepada Kerajaan Perpaduan yang sudah mentadbir negara selama dua tahun.

Pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz memaklumkan, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Muhammad Faisal berpandangan, kerajaan tidak mempunyai masa yang cukup untuk melaksanakan kesemua reformasi, malah setakat ini tiada perubahan besar dibuat.

Bagaimanapun, gred D yang diberikan Bersih tahun ini adalah satu peningkatan berbanding gred F pada tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!