Abang lemas selamatkan adik

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
Mayat mangsa dibawa ke Hospital Hulu Terengganu untuk tindakan lanjut.
A
A
A

HULU TERENGGANU - Selepas tiga tahun 'sunyi' daripada tragedi lemas, Air Terjun Belukar Bukit, di sini, kembali meragut nyawa petang tadi melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun.

Mangsa, bekas penuntut Akademi Binaan Malaysia Johor Baharu lemas ketika cuba menyelamatkan adiknya yang hampir lemas sewaktu mandi.

Dalam insiden lebih kurang jam 5.45 petang itu, mangsa, Mohamad Aisar Hishyam Mohd Kamal beralamat di Johor Baharu, ditemui kira-kira sejam selepas itu pada jarak 20 meter daripada lokasi kejadian.

Manakala, adiknya, Nur Aifaa Diyana, 21, yang pengsan diberikan bantuan penafasan berjaya diselamatkan orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Hulu Terengganu.

No Image Caption

Komander Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, PBK II Zuraidi Mohd Yusof berkata, pihaknya menerima panggilan jam enam petang dan bergegas ke lokasi dengan kekuatan lapan anggota.

"Berdasarkan info awal mangsa bersama hampir 10 ahli keluarga tiba di lokasi perkelahan ini sekitar jam lima petang.

Sewaktu mandi-manda, adiknya hampir lemas dan melihat keadaan itu mangsa kemudiannya terjun untuk selamatkan adiknya.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun, mangsa yang ingin membantu tenggelam sebelum ditemui lemas.

"Adik mangsa yang telahpun pengsan berjaya diselamatkan orang awam dan diberikan bantuan penafasan oleh anggota bomba.

"Lebih kurang 20 minit gerakan mencari dan menyelamat secara 'water surface' dijalankan, mangsa ditemui lemas jam 6.45 petang lebih kurang 20 meter dari lokasi kejadian," katanya ketika ditemui pemberita di Air Terjun Belukar Bukit, di sini.

Tambah beliau, kedalaman air di lokasi kejadian antara lima hingga tujuh meter dan terdapat pusaran air serta arus kuat di bahagian bawah air.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!