100 peserta pelbagai agensi hadiri WDOR

Mohd Yazid (tiga dari kanan) merasmikan Majlis Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia (WDOR) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024.
Mohd Yazid (tiga dari kanan) merasmikan Majlis Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia (WDOR) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 100 peserta terdiri daripada pelbagai agensi kerajaan, swasta dan orang awam menghadiri Majlis Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia (WDOR) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024.

Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) negeri Selangor dalam satu kenyataan berkata, sambutan WDOR kali ini mengetengahkan kempen komunikasi yang menceritakan tentang 'that day' apabila kemalangan jalan raya mengubah perjalanan hidup mangsa selama-lamanya.

Mohd Yazid bergambar bersama peserta pada Majlis Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia (WDOR) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024.
Mohd Yazid bergambar bersama peserta pada Majlis Sambutan Hari Memperingati Mangsa Kemalangan Jalan Raya Sedunia (WDOR) Peringkat Negeri Selangor Tahun 2024.

Menurutnya, MJKR negeri selangor menzahirkan sokongan moral dan usaha memberikan bantuan bagi mengurangkan beban kepada mangsa-mangsa kemalangan.

Mohd Yazid (kanan) menyerahkan sijil penghargaan dan hamper kepada wakil wad ortopedik HSIS.
Mohd Yazid (kanan) menyerahkan sijil penghargaan dan hamper kepada wakil wad ortopedik HSIS.

"Selain itu kami turut memberi motivasi dan nasihat dalam membantu mengurangkan kes kemalangan jalan raya yang saban tahun meningkat dan membimbangkan.

"Antara aktiviti yang dijalankan adalah pemberian hamper, sijil kepada wad ortopedik, pediatrik dan jabatan kecemasan serta trauma sebagai simbolik pengiktirafan di atas sumbangan mereka selama ini.

"Pameran juga turut disediakan sepanjang program ini dengan penyertaan daripada enam pempamer, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) negeri Selangor, Quinton Baby, Maybank (insurans Etiqa) serta Hospital Sultan Idris Shah (HSIS)," katanya pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Mohd Yazid (kiri) menyerahkan cenderahati kepada wakil HSIS.
Mohd Yazid (kiri) menyerahkan cenderahati kepada wakil HSIS.

Majlis berkenaan diadakan di HSIS dan dirasmikan oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) negeri Selangor merangkap Timbalan Pengerusi MKJR negeri Selangor, Datuk Mohd Yazid Sairi.

Tambah kenyataan itu, semua jemputan dan tetamu utama melawat ke wad 7e (orthopedik) untuk memberikan sumbangan 'goodies' dan wang tunai kepada 39 pesakit selain menyantuni dan memberikan khidmat nasihat berkaitan aspek keselamatan jalan raya.

"Program ini mendapat respon positif daripada semua tetamu yang hadir. Diharapkan ia akan diteruskan pada masa akan datang dengan kaedah dan konsep yang berbeza namun matlamatnya tetap tidak berubah," jelasnya.

,

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!