Budak maut, lapan cedera nahas treler dan kereta

Keadaan di lokasi kemalangan di KM 148.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada petang Rabu. Foto JBPM
Keadaan di lokasi kemalangan di KM 148.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada petang Rabu. Foto JBPM
A
A
A

MUAR - Seorang kanak-kanak maut manakala lapan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah treler dan kereta Proton Iswara di Kilometer (KM) 148.1, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan pada petang Rabu.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir, Pegawai Bomba Kanan II Jahairi Syukor berkata, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 1.59 petang.

Menurut beliau, kereta Proton Iswara membawa empat orang dewasa dan empat kanak-kanak, manakala treler dipandu oleh seorang lelaki dewasa.

"Malangnya, seorang kanak-kanak lelaki dari kereta Proton Iswara disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mangsa lain mengalami pelbagai tahap kecederaan dan telah dihantar ke hospital berhampiran untuk rawatan lanjut.

"Pemandu lori treler bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. Semua mangsa berjaya dikeluarkan tanpa tersepit," katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, operasi di lokasi tamat pada jam 3.44 petang setelah keadaan disahkan selamat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!