Rasuah: Mahkamah benarkan Imran Khan diikat jamin, keluarkan perintah pembebasan
KARACHI - Sebuah mahkamah tinggi Pakistan pada Rabu membenarkan bekas Perdana Menteri, Imran Khan yang sedang dipenjarakan atas tuduhan rasuah diikat jamin dan mengeluarkan perintah pembebasannya, lapor Agensi Anadolu (AA) berdasarkan rekod mahkamah.
Khan bersama isterinya Bushra Bibi, dituduh melakukan pembelian dan penjualan hadiah asing secara tidak sah.
Kedua-duanya menafikan tuduhan itu.
Bushra Bibi telah dibebaskan dengan jaminan dalam kes ini.
Walaupun perintah membebaskan beliau dengan jaminan mahkamah dikeluarkan, masih belum jelas sama ada bekas perdana menteri itu akan dibebaskan memandangkan beliau juga dikehendaki dalam beberapa kes lain yang melibatkan tuduhan rasuah hingga keganasan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!