Akmal Saleh bidas kenyataan Anthony Loke

Akmal Saleh
Akmal Saleh
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhammad Akmal Saleh membidas kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung kedudukan orang bawahan.

Beliau menegaskan, individu berjawatan rendah akan terus lantang bersuara mempertahankan agama, bangsa dan tanah air ini.

"Terjemahannya, Antony Loke berterus terang Akmal tahap rendah, tak perlu bazir masa membalas, elak menjejaskan fokus terhadap tugas penting.

"Iya kamu memang berjawatan tinggi, tetapi kamu jangan ingat kamu boleh buat sesuka hati kamu. Kami yang dianggap jawatan rendah inilah yang akan terus lantang bersuara mempertahankan agama bangsa dan tanah air ini.

"Tidak kira betapa besar jawatan yang kau ada wahai Anthony Loke Siew Fook. Baru ada pangkat, sombong! Kaduk naik junjung!" tulisnya dalam satu kenyataan di Facebook pada Rabu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Anthony Loke dalam satu program audio siar sebuah portal tempatan.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!