KKR santuni pengamal media

Alexander dan Ahmad Maslan bersama wakil media ketika Majlis Borak Santai pada Selasa. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
Alexander dan Ahmad Maslan bersama wakil media ketika Majlis Borak Santai pada Selasa. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hubungan dan kerjasama erat antara pengamal media dan Kementerian Kerja Raya (KKR) membolehkan berita tepat dapat disampaikan kepada rakyat.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pengamal media dianggap sebagai sahabat yang banyak membantu KKR dalam melaksanakan tanggungjawab dan menyediakan kemudahan terbaik untuk rakyat.

Menurutnya, sikap profesionalisme dan etika kewartawanan tinggi dalam kalangan pengamal media di negara ini serta kesungguhan mereka menyampaikan berita dengan cepat dan tepat wajar dipuji.

“Tanpa dedikasi media dalam menyampaikan maklumat dan berita, segala usaha serta inisiatif KKR tidak sampai kepada pengetahuan rakyat,” katanya ketika Majlis Borak Santai Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya Bersama Editor Serta Pengamal Media di sini pada Selasa.

Alexander
Alexander

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Ahmad Maslan dan Ketua Setiausaha KKR, Datuk Seri Azman Ibrahim.

Hadir sama Ketua Pengarah Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM), Datuk Ir Sazali Harun; Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan), Datuk Zahrul Hakim Abdullah; Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Mohd Sakeri Abdul Kadir; Ketua Pengarah Kerja Raya, Datuk Ir Roslan Ismail dan Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Datuk Sr Mohd Zaid Zakaria dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli.

Artikel Berkaitan:

Terdahulu, majlis itu berjaya menghimpunkan 32 wakil media bertujuan menzahirkan penghargaan terhadap pengamal media.

Alexander berkata, beliau sering menekankan kepada pasukan kementerian dan agensi KKR untuk memberi kerjasama baik kepada media.

“Marilah kita bersama kerana tanggungjawab ini untuk rakyat,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!