Bersih beri gred D cetus perdebatan

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberi penarafan gred D iaitu 45.8 peratus terhadap prestasi pemerintahan kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun ini mencetuskan perdebatan ramai.
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberi penarafan gred D iaitu 45.8 peratus terhadap prestasi pemerintahan kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun ini mencetuskan perdebatan ramai.
A
A
A

GABUNGAN Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberi penarafan gred D iaitu 45.8 peratus terhadap prestasi pemerintahan Kerajaan Madani dalam tempoh dua tahun ini mencetuskan perdebatan ramai.

Sebelum ini, pengerusinya, Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, pemarkahan yang diberi menunjukkan wujud jurang signifikan dari aspek kemajuan, progres dan tindakan ke arah pelaksanaan reformasi.

Menurutnya, pihaknya ingin menekankan bahawa manifesto pilihan raya tetap terikat walaupun parti lain menyertai gabungan dan ia sepatutnya memberikan kelebihan dalam memenuhi kesemua agenda reformasi.

Bagaimanapun, Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berpendapat kerajaan berisiko dapat gred lebih rendah daripada D yang diberikan Bersih jika suara rakyat diambil kira.

Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim pula mendakwa kenyataan Bersih gopoh dan dangkal, ketepi fakta serta kedudukan terkini pencapaian Kerajaan Perpaduan.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari turut mengatakan hanya rakyat berhak beri gred terhadap pencapaian kerajaan berbanding Bersih atau mana-mana entiti lain.

Pun begitu, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menegaskan kerajaan sentiasa terbuka menerima sebarang pandangan dan kritikan terhadap prestasi anggota Kabinet dalam Kerajaan Perpaduan.

Ujar beliau, pelbagai pihak berkepentingan mempunyai keutamaan berbeza mengenai reformasi yang diharapkan, namun kerajaan sedang mengimbangi pengurusan kos sara hidup, pertumbuhan ekonomi dan sebagainya.

Artikel Berkaitan:

Penulis berpendapat, dua tahun mungkin tempoh terlalu awal untuk menilai dan diberikan gred.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti mempunyai kaedah dan agenda tersendiri dalam menerajui Malaysia tercinta ini.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!