189,580 peminjam tak pernah bayar balik PTPTN merupakan penerima STR

189,580 atau 45.7 peratus peminjam PTPTN yang masih belum membuat pembayaran balik merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Gambar hiasan.
189,580 atau 45.7 peratus peminjam PTPTN yang masih belum membuat pembayaran balik merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR). Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 189,580 atau 45.7 peratus peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang masih belum membuat pembayaran balik merupakan penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, jumlah tersebut diperoleh daripada keseluruhan 415,109 peminjam yang tidak pernah membuat bayaran balik sehingga 31 Ogos 2024.

No Image Caption

Bagaimanapun menurutnya, seramai 225,529 atau 54.3 peratus peminjam bukan daripada golongan penerima bantuan berkenaan.

“PTPTN pada masa ini hanya memegang data yang dikumpul semasa permohonan, ketika peminjam biasanya tidak mempunyai pendapatan,” katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.

Beliau menjawab pertanyaan Khairil Nizam Khirudin (PN-Jerantut) mengenai jumlah peminjam PTPTN yang telah bekerja dengan gaji melebihi RM3,000 tetapi tidak pernah membuat sebarang pembayaran semula.

Artikel Berkaitan:

Khairil turut mempersoalkan jumlah peminjam berkenaan yang berasal dari kawasan Jerantut.

Zambry berkata, seramai 1,710 peminjam di bawah Parlimen Jerantut tidak pernah membuat bayaran balik iaitu berjumlah RM38.17 juta dalam tempoh yang sama.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!