'Kebanyakan kes kahwin bawah umur bagi elak hamil anak luar nikah'

Maliaman ketika menjawab soalan lisan mengenai kadar perkahwinan pasangan bawah umur terutama kanak-kanak perempuan pada Persidangan DUN Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini pada Khamis.
Maliaman ketika menjawab soalan lisan mengenai kadar perkahwinan pasangan bawah umur terutama kanak-kanak perempuan pada Persidangan DUN Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kebanyakan kes melibatkan perkahwinan remaja perempuan bawah umur di Terengganu dilakukan bagi memastikan golongan itu tidak terjebak dalam gejala sosial lebih serius seperti hamil anak luar nikah.

Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Terengganu, Maliaman Kassim berkata, langkah itu terpaksa diambil supaya remaja berkenaan tidak terus terjebak dalam isu sosial lain yang akan merosakkan masa depan mereka.

"Antara sebab keperluan kepada perkahwinan itu adalah untuk mengelak berlakunya perkara luar jangka seperti mengandung luar nikah dan pergaulan bebas," katanya.

Maliaman berkata demikian bagi menjawab soalan lisan Yusop Majid (Bersatu-Permaisuri) mengenai kadar perkahwinan pasangan bawah umur terutama kanak-kanak perempuan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, di Wisma Darul Iman, di sini pada Khamis.

Menurutnya, sebanyak 53 kes perkahwinan membabitkan remaja perempuan bawah umur direkodkan di Terengganu dalam tempoh dua tahun bermula 2022 hingga 2024.

"Berdasarkan rekod, jumlah kes tertinggi di Kemaman iaitu sebanyak 15 kes diikuti Besut (13), Dungun (7), Kuala Terengganu (5), Setiu (5), Hulu Terengganu (3), Marang (3) dan Kuala Nerus (2).

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!