Polis cari Siti Rohani

Polis sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Siti Rohani Ahmad, 42, bagi membantu siasatan kes memperdaya pekerja sebuah kedai barangan kosmetik di Jaya Gading Khamis lalu melibatkan kerugian RM4,000.

A
A
A

KUANTAN - Polis sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Siti Rohani Ahmad, 42, bagi membantu siasatan kes memperdaya pekerja sebuah kedai barangan kosmetik di Jaya Gading Khamis lalu melibatkan kerugian RM4,000.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, kes itu disiasat bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan wanita itu diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, Inspektor Nor Baizura Mohd Nasir di talian 014-2116539 atau terus ke talian IPD Kuantan 09-5652222," katanya.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa seorang gadis berusia 18 tahun mendakwa kerugian kira-kira RM4,000 apabila diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas miliknya tanpa sedar.

Mangsa yang baru bekerja dua minggu didatangi suspek kira-kira jam 4 petang berpura-pura sebagai pelanggan sebelum bertanyakan tentang barangan kosmetik yang dijual serta berborak tentang barang kemas yang dipakai gadis itu.

Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa seorang gadis berusia 18 tahun mendakwa kerugian kira-kira RM4,000 apabila diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas miliknya tanpa sedar.
Dalam kejadian Khamis lalu, mangsa seorang gadis berusia 18 tahun mendakwa kerugian kira-kira RM4,000 apabila diperdaya wanita tidak dikenali sehingga menyerahkan barang kemas miliknya tanpa sedar.

Mangsa mendakwa telah menyerahkan gelang, rantai dan cincin emas yang dipakai kepada suspek tanpa disedari dan kehilangan itu disedari selepas suspek keluar dari kedai.

Mangsa juga menyedari resit pembelian barang kemas itu tiada dalam simpanan.

Artikel Berkaitan:

Siasatan awal dapati mangsa tidak mengenali suspek dan wanita itu juga tidak pernah datang kedai tersebut sebelum ini.

Susulan kejadian, mangsa telah membuat laporan polis pada hari berikutnya.

Video kejadian berdurasi satu minit 21 saat memaparkan suspek memasuki sebuah kedai kosmetik sebelum mendekati dan seolah memukau sebelum mengambil barang kemas milik mangsa tular di laman sosial.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!