VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
VMS, papan iklan LED DBKL papar status cuaca mulai esok - Dr Zaliha
Semua khidmat Sistem Mesej Pelbagai (VMS) atau papan iklan LED di bawah seliaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan memaparkan status semasa cuaca dan amaran kemungkinan banjir kilat bermula esok.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, langkah proaktif amaran awal itu bagi memastikan rakyat khususnya penduduk Kuala Lumpur dapat bersedia dan mengambil langkah awal kemungkinan berlaku bencana banjir kilat.
Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok yang bertanyakan mengenai langkah DBKL mencegah dan menangani banjir kilat di Kuala Lumpur serta senarai projek pembangunan yang diluluskan di kawasan persekitaran kolam takungan banjir sejak 2014.
#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #DBKL #statuscuaca #amaranbanjir