Bank Islam lancar aplikasi dan web baharu

Mohammed Iran Moriff (kanan) bersama Ketua Saluran Maya Bank Islam,Nur Fathmawati Zakaria menunjukkan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile (BIMB Mobile).
Mohammed Iran Moriff (kanan) bersama Ketua Saluran Maya Bank Islam,Nur Fathmawati Zakaria menunjukkan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile (BIMB Mobile).
A
A
A

BANK Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) melancarkan aplikasi perbankan mudah alih BIMB Mobile (BIMB Mobile) dan BIMB Web (web.bimb.com) yang akan memberi manfaat kepada empat juta pelanggannya di seluruh negara dengan navigasi lebih lancar serta keselamatan dipertingkatkan.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Bank Islam, Mohamed Iran Moriff Mohd Shariff berkata, platform perbankan digital baharu itu diperkasa dengan ciri keselamatan yang ditambah baik, bersifat peribadi selain rekaan moden yang intuitif.

“Kedua-dua platform ini menawarkan fungsi komprehensif yang memperkasakan pengguna mengurus kewangan mereka dengan lebih mudah dan yakin.

“Ia direka untuk memenuhi skala penggunaan yang lebih besar dengan keupayaan yang diperluas dan lebih stabil berbanding perkhidmatan sebelumnya.

“Sehubungan itu, kedua-dua platform ini menawarkan pengalaman perbankan yang mudah dan khusus sekali gus memberikan kawalan transaksi sepenuhnya kepada pelanggan tanpa batasan waktu atau lokasi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika majlis pelancaran platform perbankan digital berteknologi terkini, BIMB Mobile dan BIMB Web di sini, pada Khamis.

Jelas beliau, pelanggan baharu atau pengguna sedia ada GO by Bank Islam (GO) kini boleh memuat turun aplikasi baharu tersebut melalui Apple AppStore, Google PlayStore atau Huawei AppGallery.

“Platform GO dan Perbankan Internet Bank Islam (IB, www.bankislam.biz) akan terus beroperasi bagi memastikan perkhidmatan pelanggan tidak terganggu sepanjang proses peralihan ke platform baharu.

Artikel Berkaitan:

“Platform GO dan IB dijadual akan ditamatkan operasi sepenuhnya menjelang November 2025,” katanya.

Mohamed Iran berkata, aplikasi perbankan mudah alih terdahulu, GO telah memanfaatkan lebih 1.9 juta pelanggan aktif sejak kira-kira lima tahun lalu.

“Sehingga Oktober 2024, Bank Islam telah mencatatkan sejumlah 5.9 bilion transaksi dalam talian termasuklah 3.5 bilion daripadanya disempurnakan melalui platform Perbankan IB,” katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!