2,467 pegawai, anggota polis Johor siap siaga hadapi banjir

Kumar (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
Kumar (tengah) pada Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seramai 2,467 pegawai dan anggota polis di negeri ini siap sedia berdepan situasi banjir ketika musim Monsun Timur Laut ketika ini.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, sebanyak 307 aset Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga bersedia untuk diatur gerak ke lokasi berlakunya banjir.

"Beberapa siri mesyuarat diadakan membabitkan agensi penguatkuasa dan agensi kerajaan mengenai koordinasi serta melicinkan operasi menghadapi banjir," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Johor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini, pada Khamis.

Penyerahan tugas tersebut dilakukan daripada Deputi Komisioner Afandi Senin kepada Senior Asisten Komisioner Nor Azizi Maarof.

Mengulas lanjut, Kumar berkata, hala tuju penugasan PDRM Johor bagi menghadapi banjir tidak tertumpu ke kawasan 'hotspot' namun di mana sahaja berlaku banjir.

"Di mana sahaja berlakunya banjir, kita akan hantar bantuan segera. Sehubungan itu, cuti anggota pada masa ini masih dibenarkan tetapi secara bersyarat.

"Sekiranya berlaku banjir dalam tempoh cuti, mereka akan dipanggil untuk bertugas dan cuti akan dibekukan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!