Isu pindah milik: Mohon kerajaan negeri campur tangan

Abbas Salimmi
Abbas Salimmi
A
A
A

SERI KEMBANGAN - Penduduk Lestari Putra dan Saujana Puchong di sini memohon kerajaan negeri campur tangan menyelesaikan isu pindah milik tanah yang telah berlarutan lebih dua dekad.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang, Abbas Salimmi Che Azmi berkata, ada antara penduduk yang juga pembeli telah tinggal di situ lebih 25 tahun dan ada juga antaranya telah meninggal dunia.

Menurutnya, isu itu berpunca pemaju asal diisytihar bankrap sebelum diserahkan kepada pihak ketiga untuk urusan pindah milik.

"Pihak berkenaan seolah lintah darat yang mengambil kesempatan atas masalah ini apabila mengenakan kos yang tinggi untuk urusan pindah milik.

"Ada yang mampu bayar dan selesai dan ada tidak mampu membayar harga dikenakan syarikat ini," katanya pada sesi Perbahasan Belanjawan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

Katanya, usaha beliau untuk membantu penduduk terjejas juga menemukan jalan buntu selepas syarikat berkenaan tidak mahu berjumpa dan berbincang.

"Justeru saya sangat mengharapkan campur tangan kerajaan negeri untuk membantu pembeli yang teraniaya ini.

"Ketika ini mereka berdepan dengan syarikat yang seolah bersikap lintah darat mengambil kesempatan di atas kesusahan mereka.

Artikel Berkaitan:

"Mereka ini juga mustadhafin yang memerlukan pembelaan daripada kerajaan negeri Selangor," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!