Wajar laksana penggiliran di tempat kerja

Warga DVS yang mengambil bahagian dalam integrity pocket talk pada Khamis.
Warga DVS yang mengambil bahagian dalam integrity pocket talk pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kaedah penggiliran tempat kerja wajar dilaksanakan oleh setiap jabatan sebagai salah satu usaha penyelesaian terhadap isu- isu yang berkaitan dengan integriti termasuk rasuah dan penyelewengan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia Rasuah Busters, Nurhayati Nordin berkata, keberadaan yang lama bagi pegawai di sesuatu tempat atau jawatan membuka ruang kepada isu tersebut.

Jelas beliau, tekanan sekeliling, ketamakan dan ruang merupakan punca kepada berlakunya rasuah.

"Jadi penggiliran di tempat kerja ini mampu menutup ruang berlakunya rasuah," katanya.

Menurutnya, tempoh lima tahun di sesuatu jawatan atau lokasi penempatan merupakan tempoh yang panjang namun ia bergantung kepada keperluan sesebuah jabatan.

"Bagi jawatan atau penempatan yang kritikal iaitu sangat berisiko, penggiliran ini amatlah wajar dilakukan.

"Jika tidak dapat melaksanakannya atas alasan tertentu, maka pengawasan perlu dibuat bagi memastikan perkara yang dikaitkan dengan integriti dapat dicegah," ujar Nurhayati.

Artikel Berkaitan:

Nurhayati Nordin.
Nurhayati Nordin.

Beliau berkata, sekiranya tiada perubahan selepas penggiliran dilaksanakan, tindakan penguat kuasaan perlu diambil oleh pihak atasan.

"Adalah amat penting agar ada pemantauan dan pelaporan turut dilakukan supaya penilaian ke atas pekerja dapat dibuat seadil-adilnya," katanya.

Terdahulu, Nurhayati meluangkan masa selama sejam berkongsi mengenai isu integriti dalam pekerjaan di hadapan 250 pegawai sempena Sambutan Hari Integriti Jabatan Perkhidmatan Vaterinar (DVS), di sini pada Khamis.

Pada majlis itu, DVS turut melancarkan Kod Etika dan Tatakelakuan sebagai panduan yang menggabungkan komponen nilai, etika dan tatakelakuan yang perlu dipatuhi serta dibudayakan.

Kod Etika dan Tatakelakuan berkenaan merangkumi komponen nilai, etika dan tata kelakuan utama yang perlu diamalkan, termasuk do's and don'ts sebagai pegawai awam.

Jabatan itu turut membangunkan Polisi Pengurusan Percanggahan Kepentingan DVS yang telah berkuat kuasa pada 21 Oktober lalu sebagai usaha berterusan DVS untuk memperkukuh dan membudayakan perkhidmatan yang berintegriti dan berkualiti.

Majlis yang dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Azah Hanim Ahmad itu turut dihadiri oleh Ketua Pengarah DVS, Dr Akma Ngah Hamid.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!