Empat maut nahas: Jenazah Nurulhuda telah dibawa keluar

Van membawa jenazah Nurulhuda Ramli dilihat keluar meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya, jam 6.40 petang pada Khamis.
Van membawa jenazah Nurulhuda Ramli dilihat keluar meninggalkan pekarangan Jabatan Forensik Hospital Putrajaya, jam 6.40 petang pada Khamis.
A
A
A

PUTRAJAYA - Jenazah Nurulhuda Ramli yang meninggal dunia selepas kereta dinaiki bersama tiga individu lain terlibat dalam kemalangan jalan raya berhampiran IOI Conezion Putrajaya, awal pagi Khamis telah dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Putrajaya, di sini jam 6.40 petang.

Jenazah Nurulhuda, 41, merupakan ibu tunggal kepada lima anak itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah Fasa 2, Batu Caves, Selangor.

Tinjauan Sinar Harian mendapati kesemua ahli keluarga mangsa termasuk ibu Nurulhuda hadir di Unit Forensik Hospital Putrajaya bagi proses tuntutan jenazah sejak jam 4 petang.

Terdahulu, empat mangsa dilaporkan maut melibatkan sebuah kenderaan jenis Perodua Viva dalam nahas berhampiran IOI Conezion Putrajaya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Norhizam Bahaman berkata, dalam kejadian sekitar jam 1 pagi itu, kereta dipandu dari arah Kajang menghala ke Putrajaya.

Katanya, kereta terbabit telah hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan.

Menurutnya, kesemua mangsa yang maut telah dibawa ke Hospital Putrajaya untuk bedah siasat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!