Penggantungan NAFAS bermula 1 November lalu selain siasatan SPRM berhubung kewujudan kartel baja padi dianggar bernilai RM1.8 bilion mencetus kebimbangan umum akan kewibawaan pertubuhan tersebut.Sebagai badan yang menaungi peladang seluruh negara, apa-apa yang berlaku kepada NAFAS dikhuatiri menjejaskan golongan tani khasnya, dan industri pertanian amnya.