Kontroversi 'lelaki bertelekung' tunai umrah

Isa Zega ketika berada di Tanah Suci. Agensi
Isa Zega ketika berada di Tanah Suci. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang pempengaruh transgender membangkitkan kemarahan umat Islam di Indonesia apabila berpakaian wanita (bertelekung) ketika mengerjakan umrah.

Pelaku yang dikenali sebagai Isa Zega atau nama sebenarnya Sahrul itu turut menerima kecaman warga maya di atas sikap biadabnya itu di Tanah Suci.

Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Mufti Anam turut menyifatkan tindakan pempengaruh itu sebagai sebahagian daripada perbuatan menghina agama Islam.

"Mami Online, (gelaran untuk Isa Zega) adalah seorang transgender, pondan, yang pada asalnya adalah seorang lelaki, dia melakukan amalan ibadah umrah menggunakan 'hijab syar'i' dan ini merupakan sebahagian daripada perbuatan penistaan agama," katanya menerusi hantaran di Instagram pada Selasa.

Jelasnya, walaupun Isa Zega sudah mengubah penampilannya menjadi wanita tetapi dia tetap seorang lelaki yang perlu menunaikan ibadah umrah sebagaimana seorang lelaki.

"Malah menurut fatwa Majlis Agama Islam seorang lelaki walaupun diubah kelaminnya secara lahiriah, dia tetap seorang lelaki," katanya lagi.

Dalam pada itu katanya, di atas perlakuannya itu, Isa Zega kini berhadapan dengan tindakan undang-undang yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun.

"Saya harap dia segera dibawa ke muka pengadilan dan besar harapan saya supaya kejadian sama tidak berulang lagi," tegasnya.

Artikel Berkaitan:

Di fahamkan pelaku telah menunaikan umrah baru-baru ini, dan perkhabaran mengenai perjalanannya ke Tanah Suci telah dimuat naik di akaun media sosialnya hingga menimbulkan kegusaran awam. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!