Abidin angkat sumpah ADUN Sungai Bakap

Abidin mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Bakap pada persidangan DUN Pulau Pinang pada Jumaat.
Abidin mengangkat sumpah sebagai ADUN Sungai Bakap pada persidangan DUN Pulau Pinang pada Jumaat.
A
A
A

GEORGE TOWN - Abidin Ismail mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Bakap pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada Jumaat.

Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Nibong Tebal berusia 56 tahun itu mengangkat sumpah di hadapan Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang dan turut menandatangani surat sumpah jawatan.

Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap pada Julai lalu, Abidin mengekalkan penguasaan Perikatan Nasional di kerusi DUN Sungai Bakap dengan memperoleh 14,489 undi menewaskan pencabarnya daripada Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin yang meraih 10,222 undi.

Beliau adalah pegawai khas kepada penyandang ADUN Sungai Bakap, Allahyarham Nor Zamri Latiff.

Nor Zamri meninggal dunia di Wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Seberang Jaya selepas dirawat lebih tiga minggu kerana komplikasi perut.

Nor Zamri daripada Pas yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri lalu menentang calon Pakatan Harapan, Nurhidayah Che Rose menang dengan majoriti 1,563 dengan mendapat undian 15,433.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!