Lima individu termasuk wanita berpesta dadah ditahan

Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah hasil serbuan di sebuah kondominium dekat sini awal pagi Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah hasil serbuan di sebuah kondominium dekat sini awal pagi Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Raub)
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis menahan lima individu termasuk seorang wanita kerana disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah hasil serbuan di sebuah kondominium dekat sini pada awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kesemua empat lelaki warga tempatan serta wanita warga Thailand yang berusia sekitar 17 hingga 23 tahun itu ditahan sekitar jam 12.30 pagi dalam operasi ‘private party’ oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

“Dalam serbuan terbabit, polis telah merampas sejumlah dadah disyaki jenis serbuk ecstasy, methamphetamine (syabu) dan ketamin.

“Selain itu, turut dirampas 109.55 gram serbuk ecstasy, 4.20 gram syabu, 0.55 gram ketamin, 0.30 gram pil eramin 5, wang tunai berjumlah RM4,550.00, beberapa keping mata wang asing, empat utas barang kemas dan sebuah kereta jenis Toyota Vios.

“Siasatan awal mendapati dadah terbabit dimiliki oleh kesemua suspek bagi tujuan berhibur di lokasi berkenaan dan ujian saringan saringan awal air kencing mendapati empat suspek positif dadah jenis methamphetamine manakala seorang suspek negatif daripada sebarang jenis dadah.

“Dadah yang ditemui dipercayai untuk kegunaan peribadi yang diperolehi daripada seorang individu yang hanya dikenali melalui aplikasi wechat dan pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti individu terbabit,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Raub berkata, kesemua suspek ditahan reman selama lima hari bermula Khamis hingga Isnin depan bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 15(1)(a) ADB 1952.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!