Kebocoran gas paksa 150 orang dipindahkan di Prague
PRAGUE - Kira-kira 150 orang terpaksa dipindahkan pada Khamis di pusat bandar Prague akibat kebocoran gas, menurut polis dan pasukan penyelamat, lapor Xinhua.
"Kebocoran gas telah menyebabkan penutupan Opatovicka Street di Prague 1. Seramai 150 orang dipindahkan dari enam bangunan,” kata polis di platform media sosial X, sambil menggesa orang awam supaya menjauhi kawasan itu.
Kebocoran gas itu berlaku pada awal petang, dan perkhidmatan perubatan kecemasan tempatan melaporkan tidak ada kecederaan yang direkodkan setakat jam 7 malam.
Pasukan bomba telah melaksanakan langkah pencegahan kebakaran dan bekerjasama rapat dengan jabatan kecemasan gas untuk mencegah kebocoran selanjutnya.
Punca kebocoran gas masih belum diketahui. - Bernama/Xinhua
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!