Tan Jie-Ee Wei 'naik minyak' di China

Tang Jie-Ee Wei berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui di suku akhir China Masters di Shenzhen sebentar tadi. Foto BAM
Tang Jie-Ee Wei berjaya menewaskan wakil tuan rumah, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui di suku akhir China Masters di Shenzhen sebentar tadi. Foto BAM
A
A
A

BEREGU campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berada dalam kelas tersendiri menerusi aksi penuh dramatik apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters China di Shenzhen pada Jumaat.

Pasangan yang menghuni ranking ke-10 dunia itu mempamerkan kebangkitan menakjubkan sebelum menewaskan Guo Xin Wa-Chen Fang Hui sehingga ke set penentuan dalam saingan suku akhir pada kejohanan berstatus Super 750 itu.

Dalam aksi di Gimnasium Shenzen itu, gandingan negara yang memiliki satu kelebihan kemenangan ke atas pasangan tuan rumah bermula dengan langkah kiri apabila tewas 14-21.

Menjengah permainan kedua, Xin Wa-Fang Hui yang berstatus ke-13 dunia meneruskan momentum positif mereka ketika pasangan negara sedikit goyah apabila ketinggalan 7-14.

Sokongan padu peminat terus melonjakkan semangat Xin Wa-Fang Hui untuk terus melebarkan jurang mata kepada 20-10.

Ketika harapan kian pudar, Tang Jie-Ee Wei membuktikan sebaliknya apabila mereka mula 'naik minyak' untuk bangkit melawan.

Tiada istilah putus asa, mata demi mata dikutip bagi mengikat kedudukan 20-20 sebelum gandingan negara menang set kedua 23-21 untuk mengheret aksi ke set penentuan.

Barakan semangat itu menjadi batu lonjakan buat mereka untuk meneruskan momentum positif sebelum mengesahkan kemenangan 21-16 dalam tempoh 65 minit permainan.

Artikel Berkaitan:

Perjuangan Tang Jie-Ee Wei masih berliku apabila bakal berdepan pilihan pertama kejohanan, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam saingan separuh akhir pada Sabtu.

Pasangan tuan rumah itu mara ke dalam kelompok empat terbaik selepas menewaskan gandingan Taiwan, Yang Po Hsuan-Hu Ling Fang 21-13, 21-13.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!