39 rakyat Vietnam maut akibat hipoksia, hipertermia

Polis memeriksa kontena di mana 39 mayat warga Vietnam ditemui di London Oktober lalu. - Foto: Agensi
Polis memeriksa kontena di mana 39 mayat warga Vietnam ditemui di London Oktober lalu. - Foto: Agensi
A
A
A

HANOI - Seramai 39 rakyat Vietnam yang ditemui mati di dalam sebuah treler sejuk beku di Essex, utara timur London, Oktober lalu maut akibat hipoksia (kekurangan bekalan oksigen) dan hipertermia (suhu tubuh tinggi berbanding biasa), lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik polis British pada Selasa.

Perkara itu didedahkan polis British berdasarkan laporan awal bedah siasat.

"Pasukan kami masih menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan Agensi Jenayah Kebangsaan dan agensi penguatkuasaan undang-undang dari seluruh dunia," kata polis daerah Essex dalam satu kenyataan.

Susulan itu, beberapa suspek telah ditahan kerana didakwa mempunyai kaitan dengan kes itu.

ARTIKEL BERKAITAN: 39 mayat dalam kontena dipercayai warga Vietnam

Pemandu trak bawa 39 mayat didakwa

Identiti mayat dalam kontena masih cetus tanda tanya

Antaranya, Gheorghe Nica dari Basildon di timur England yang ditahan di lapangan terbang Frankfurt, Jerman pada 29 Januari. Suspek berdepan 39 pertuduhan.

Suspek kedua, berusia 22 tahun, ditahan di Ireland Utara pada 2 Februari lalu.

Sementara suspek ketiga Eamonn Harrison, 23, kini ditahan di Ireland dan kesnya akan didengar di Mahkamah Tinggi Dublin, dijadual hari ini. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!