Setiu, Marang dilanda banjir
KUALA TERENGGANU - Setiu dan Marang menjadi daerah terbaharu di Terengganu yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak awal pagi Jumaat.
Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di dua daerah tersebut.
Di Setiu, PPS di Balai Raya Kampung Bintang dibuka jam 9.30 pagi itu telah menempatkan satu mangsa.
"Di Marang pula, PPS di Sekolah Kebangsaan Simpang Rawai telah dibuka jam 10 pagi menempatkan seramai 11.mangsa daripada tiga keluarga.
Setakat ini, hujan melanda di kebanyakan kawasan di Terengganu.
Sementara itu, di Kemaman, seramai 29 mangsa daripada enam keluarga ditempatkan di PPS di Balai Raya Padang Kemunting.
Sehingga jam 3 petang, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu merekodkan sebuah sungai di paras bahaya iaitu Sungai Nerus di Kampung Langkap, Setiu.
Empat sungai pula di paras amaran iaitu Sungai Nerus di Kampung Bukit, Setiu; Sungai Chalok di Jambatan Chalok, Setiu; Sungai Tumpat di Kampung Baru Kemasik, Kemaman dan Sungai Besut di Jambatan Keruak, Besut.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!